ini aku. bukan kamu.

ponstan consumer

Monday, January 31, 2011

entri rawak 31 Januari 2011

assalamualaikum..selamat pagi.

ari ni hari terakhir dalam bulan pertama tahun 2011 ni.
sebulan dah berlalu..kejap je rase.
ari sabtu lepas aku tak gi class.
class yang pagi tu memang sengaja skip sebab malam jumaat tu aku tido pukul 5 pagi sebab layan cite korea.
so, kalau dah tido pukul 5 pagi, nak kene bangun untuk class pukul 8, memang ajaib la kalau aku bangun kan..sudahnya, bagi mesej kat kila tak gi class.
petang tu plak aku amik job yang kak ita offer..cover annual dinner punya event.
dapat gak ahh topup duet yuran aku yang kurang tu..
semalam aku jadik baik..masuk class sharp pukul 8.tak penah2 lak aku masuk class time bebudak baru ade 4,5 orang kan.. :)
class pagi tu kire okay2 laa..walaupun aku menguap dekat lapan blas kali..ngantuk beb!
class petang semala buat aku kecut perut..mau nye tak!
kelas statistik tu..gile kau! aku dah la tak suke subjek kire2 ni..
dengar lak Hj Salahudin tu cakap 'subjek statistik ni adalah subjek kedua yang susah selepas matematik"
perghhhh.mengigil kepala lutut aku dengar..citttt!
tersengguk2 aku dalam class statistik tu... dan yang terpaling best ialah setiap pertemuan kami akan dibekalkan dengan tugasan..means, setiap pertemuan kene submit tugasan..cittttt!
berdarah hidung wehhhh... aku ada rasa aura tak best je sem ni... (ape daa, baru first class dah cakap camtu)
tapi, aku rase aku takde luck dalam nombor2 ni..payah tol otak belah kiri aku ni nak berfungsi dengan baik..
kire2, nombor2 ni memang fail laa...nak congak pun terkial2..huisshh!
balik class semalam, dengan tak mandinye, aku terus bantai membuta sampai pagi ni..
bangun2 kepala dah pening2 lalat..terlebeh tido sudaaaa..
sesape yang terer subject statistik meh la ajar saye..buat kelas tuisyen ke... saye tanak repeat paper oii..
kang orang lain dah grad, saye dok merepeat paper lagi..huhuhuhu

Friday, January 28, 2011

korean streetwear

annyeonghaseyo!
ececehhh..mentang2lah tittle entri korean streetwear, dan2 speaking korea ek..kehkehkeh..
act, entri ni aku tulis sebab td terbukak..TER okay..bukan saje2 bukak..page yang jual baju2 online kat fesbuk tu..pastu terus teringat cite korea Brilliant Legacy yang aku tengok semalan..Han Hyo Joo iaitu heroin cite tu yang comel dan kiut miut tu buat aku rase, pelakon pompuan korea ni takde yang tak cantik ke?? perghh..dah name pon artis, kalo tak cantik, takde la jadik artis ye tak..hehehe..
aku bukan kagum dengan kekiutan dan kecomelan die tu je...tapi aku suke gak tengok gaye dan style die dlm cite tu..baju die cam cantik2..pastu kene pulak dgn cite rase aku..ala2 streetwear camtu la.. simple tapi still nampak uptodate.. :)


ni la pompuan kiut miut dlm cite brilliant legacy tuh..han hyo joo kot name die kalau tak silap aku ah..


ni antara contoh2 pesen streetwear yang aku jumpe time online tadi..(aku try carik imej outfit2 yang di Hyo Joo ni pakai time dlm cite Brilliant Legacy tu pakai, tapi tak jumpe lak)..layan je laaaa..

1st skali tgk kasut die..ala2 leather camtu ahh..skg aku nengok  ramai yg pakai kasut cani kat mesia ni..kehkehkeh..tak caye? cube gi kedai kasut vincci..ada jual patern kasut cani do..







perasan tak? pesen2 dorang ni mesti ade pakai cardigan/vest/jacket..walaupun pakai simple tshirt atau baby T jek..simple yet fashionista! kan? kan?


yang ni pulak bagi sesape yg suka pakai atau teringin nak pakai mini skrit tapi takde keyakinan yang tinggi bole la cube gaye yg mcm ni..pakai legging kat dalam then skrit kat luar..ngehehehehe..lawa gak ape? sekali lagi, cube tgk..vest kat luar pesen yg wajib.. :)




yang ni untuk gaye yg ala2 girly2 tapi stil simple..


banyak lagi gaye2 lain yang cantik, simple tapi meletup..korang bole je search kat web, fesbuk, blog, etc.. so, sesape yg ade plan nak tuka style sempena tahun baru ni boleh la cube okay.. see you next entri! daaaaa!

Thursday, January 27, 2011

job

semalam, kak ita yang jadik mak andam untuk wedding kak lang call.
dia offer job untuk event company dia..
dinner event camtu la..
mintak shoot sekitar majlis tu.etc..
aku agak berminat. plus before pun tak pernah shoot lagi event
camtu..well, memang rasa teruja nak cuba benda2 baru ni.
tapi masalahnya, event tu 29hb ni..
dan tarikh tu jugak kelas pertama aku untuk sem 7 ni..
haishhh! baru je nak berazam tanak skip class..
what to do?
amik job tu tapi kene skip class atau pegi class dan terpaksa lepaskan job tu.

**
she said:
"dalam banyak2 yang dah buat, satu tu je yang orang tak puas ati.
cuba pikir kenape? salah sape?
sometime's, its not good by blame yourself to show your kindness babe"

Wednesday, January 26, 2011

entri rawak 26 Januari

assalamualaikum, selamat pagi.

alhamdulillah..masih diizinkan Tuhan untuk bernafas pagi ini..
syukur Ya Allah.

semalam adalah sesi percambahan idea plus sesi luahan rasa.
time ni la kau nak luahkan ape yang terbuku, tersirat, yang tertanggung selama ni.
aku mula percaya yang bukan sekadar kawan baik, teman rapat atau kalangan ahli keluarga je tempat untuk kau mintak pandangan, luahkan pendapat, luhan rasa, blablabla..tapi kadang2 kawan yang kau rasa tak bape nak rapat, kawan tak selalu jumpa, kawan kadang2 jumpa pun bole jadik pendengar yang setia. betul! cubelah try..mula2 aku cam tak bape nak caye..tapi lepas sesi semalam, aku mula yakin.. "when there no any of your good friend can hear you, other peoples will always borrow their ear for you." dunia ni indah sebenarnya kalau kau pandai hargainya.. serius..

terima kasih..terima kasih untuk semalam.
kepala yang serabut dengan masalah itu, ini dah makin surut.
aku mula belajar yang sikap melantun, sikap nak tunjuk sape betul, sape salah, sikap tak amik pot perasaan orang lain ni takkan boleh buat kau selesaikan sesuatu masalah.
sit back, try to chill, think deeply. in the end, you will find a solution.
manusia ni ada macam2 jenis. dan kalau nak listkan jenis2nya tu, aku rasa memang banyak.
macam beza warna kulit. warna rambut, agama, kepercayaan, etc..mcm tu jugaklah berbagai2nya ragam manusia. kau takkan dapat nak paham semua kepelbagaian ni..lain lah kalau kau mind reader. tengok je muka, kau dah bole bace sikap die...sentuh je jari die, kau dah tau die tu type mcm mana.
but still, aku masih percaya dengan kata2...
 'dont judge a book by it cover..read the synopsis first, and judge." :)

farid kata,
tahu tak kenapa masalah tu wujud?
cuba bayangkan, setiap hari kau pegi keje, kau ikut jalan lurus je..jalan yang takde simpang, takde lencongan, takde hala kiri atau kanan, lurus je... dan cuba kau bayangkan kau rotate rutin yang same, ikut jalan yang lurus tu tiap2 hari selama hayat kau.. kau tak rasa bosan ke? kau tak rasa takde cabaran ke?
cabaran tu sebenarnya ajar kau erti kehidupan..cabaran jugaklah yang warnakan hidup kau.. yang ajar kau jadik lebih kuat..jadik lebih matang.. tapi kita ni jenis yang suka merungut..susah sikit, merungut. kene musibah sikit, meroyan..kita tak nampak hikmah dibalik masalah yang datang tu.
masalah yang datang memang mengajar aku erti kehidupan, jatuh bangun..betapa indahnya hikmah dibalik ujian yang Tuhan beri ni.

terima kasih jugak pada yang legaan sayu dihati ni..
dorang cakap,
"takde la teruk sangat pun.."
"seni ni sujektif..orang melihat dari pelbagai sudut..dan pasti pandangan setiap orang lain2.jadi, biarkan mereka dengan pandangan mereka..itu hak mereka.."
"tak suma orang puas ati dengan kita babe..tak kira la bape kuat kau try nak puaskan ati org lain, kalau dorang rasa tak puas ati, dorang takkan puas jugak..manusia babe..dah fitrah kot."

terima kasih sebab bagi aku kekuatan..sebab bagi aku pandangan yang bernas.
bak kata orang dulu2, api jangan dilawan dengan api..
dan aku percaya jugak yang kalau kau mengalah, tak bermakna kau kalah..tak jugak tunjuk yang kau salah.
one find day, they will know the truth behind all this mess.

tengok tak drama2 kat tv tu?
orang baik selalu kalah dulu..dah nak abes cite baru menang..hahaha
takde laaa..ni just contoh je.
takde isu sape baik, sape jahat pun..
kita suma ni baik..sebaik2 ciptaan lagi.
jadi, marilah sama2 kita berlapang dada,
fikirkan betapa indahnya kurniaan Tuhan yang diizinkanNya untuk kita nikmati.
indah kan..cantik sangat... :)

renung2kan dan selamat beramal kawan2..


p/s: "nukilan ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
yang khilaf itu datang dari kelemahan aku sendiri..yang baik it datang dari Allah S.W.T.. allahualam.."



Monday, January 24, 2011

entri rawak 24 januari

buat yang berkecil hati,
"sudah sudah lah.."

buat semua,
jangan pernah membuat kesimpulan sebelum mencari kebenaran kerana yang dipandang mata, yang didengar telinga belum tentu sahih. terima kasih.



p/s: im going to stop bloging for a while..some people might not like my writing here.

Friday, January 21, 2011

366 day and still counting.

bodohkah aku kalau aku jawab soalan itu dengan jawapan:

"AKU TUNGGU DIA."

it's been a year.
time to move on.
but its seems to be not easy.


*bunch of work is waiting.
keep focusing.

Tuesday, January 18, 2011

entri rawak 18 januari

kadang dalam hidup memang sakit bila kena memilih antara dua perkara yang endingnya nanti belum pasti. samar-samar. sedikit kelam. sakit.

jujur, aku memang tak suka berada dalam posisi ini. jadi kali ini bila dibiarkan memilih dan menentukan masa depan sendiri, aku buntu. serious. rasa terumbang-ambing. yang di kiri kata biarkan sahaja masa jadi penentu. yang di kanan pula ajak aku duduk berfikir.
1 hari. cuma 1 hari kau bagi aku buat keputusan hidup dan mati. aicewah drama. hmm
decision has been made. tolong jangan tanya aku kenapa. mmg benda ni buat aku down. serious. sbb bagi orang yang kurang keyakinan diri cam aku ni, i tend to doubt my own action. aku tak nak ragu-ragu and worse, menyesal dengan keputusan aku ni. aku dah habis fikir weh betul ni.


so please. jangan tanya dan jangan sebut. terima kasih.

 
gua dah dapat kenal pasti beberapa jenis golongan kawan yang harus dijauhi. fuhh bahaya orang macam ni. meh gua list down kan.

1. kawan macam biskut



kawan yang macam ni cuma akan ada dengan kau time certain situations. contoh bila dia takde duit, bila dia takde class and member dia lain ada class, bila dia kene buat something dalam group yang dia tak ngam, kebetulan pulak kau ada kat situ, and kepala kira boleh ngam la pulak ng dia. kebetulan. ha time tu la dia carik kau. waktu-waktu biasa dorang takkan cari kau atas alasan kau tak cukup cool untuk bergaul dengan dorang. nasihat aku untuk orang-orang camni, gi mampus ah kau wey get a life, you biotch. friends for benefit. loser gila.

2. kawan mulut cam ******

 
kawan macam ni dia rasa kadang-kadang dia melawak je, dengan niat nak entertain korang. kadang takleh gak nak salahkan orang macam ni sebab memang dah jadi perangai dia mulut takde insurans tapi kalau dah 24/7 nak duk mengutuk orang sana sini, elok kau tinggal jelah orang cam ni jauh-jauh. buat tambah dosa je kot. semua orang lalu sebelah dia nak dikomennya, belum lagi komen pedas yang dia kasi kat kau. tak ke panas?


3. kawan makan kawan

fuhh ni sumpah sakit. sakit woo kalau ada kawan camni. kau punya lah percaya kat dia, dia pulak betray kau. esp bila kau dalam environment baru di mana kau perlukan sebanyak mungkin support dari kawan-kawan yang mana semuanya kau baru kenal. proses mengenal hati budi memang tak dinafikan sebagai proses paling susah, jadi kau memang kena bijak memilih kawan. setakat ni gua pun belum cuba lagi jadi jangan gatal-gatal nak cuba.


Friday, January 14, 2011

entri rawak 14 januari

assalamualaikum..ehem ehem..

semalam ade cite lawak..
 semalam tetibe lak kak syidah cakap, "bee, ptg ni kene maen netball tau..kat mindef."
aku pandang kak syidah atas bawah..pastu aku pandang diri aku sendirik... maen netball? dgn baju kebaya aku nie?? gilo ke apo?? dah la aku jalan pakai baju ni punyela sopan santun, lemah lembut..pasai tak bole langkah besau2..kipedlok betol..
nak tanak aku gi gak la mindef..tunjuk muke..
pukul 3 lebeh camtu ujan turun lebat tak hengat punye..dok bawah court yang berbumbung tu pon ade rase tempias2 gak.
dengan team umah nilam (umah biru) yang dtgnye pat orang je..(dlm ati aku, nak maen netball pejadah byk ni..cehhh!) kecoh betol laaa..dah la esok tournament..semalam player pun tak cukup lagi..practise takyah cite la..non hado! bengong!
last2 pukul pat aku dah cabot balik umah..perghhh best btol tido petang time2 ujan...mmg pukul lapan stengah laaa aku terjage..tu pun sebab rase lapa..mana taknye kat opis aku telan mee hoon jamuan kak effa nak benti tu je...
hadoi..sok pepagi ade tournament kat kem wardiben..(ntah betol ke tak aku eja nama kem ni)
tak dapek la nak follow wan panjat Broga.
next time la derr..
tu pon kalau kau larat laa nak naik skali lagi..
ngehehehehehe..

Thursday, January 13, 2011

entri rawak 13 januari

arini segala jenis kueh mueh masuk dalam perut.
teh o suam ntah dah bape gelas aku sedut.
mee goreng ade rase rentung siket abes sepinggan aku telan.
pastu sekang nak gi maen netball kat mindef.
dah.tu je nak ckp.
eh, lupa lak..
cc cuti arini..
dah sah2 perangai mcm setan!!
ngehehehehehehehe..
dah. bai!

nota kaki:
tulisan kaler ijau..tetibe ingat epal ijau..
uuuuu..sodap tu..masam2..ngehehhe..
eeee..mmg dasar perot rasaksa!

Wednesday, January 12, 2011

hoit!

makin ari..
makin dekat.
uishhh..makin tekanan aku..
ape pun tak siap lagi.
eh..tipu..sikit la kot yg siap.
tah laa..nak tanya progress pon aku cuak.
kang tanye lelebih kang cakap kasik tekanan la, ape laa..
yang side belah sini plak tak sudah2 tanya soklan..
"dah siap? bila bole dapat? bila nak dapat?"
abes cane?
die umpama mcm aku kat tengah2..
pastu ade due buah kete datang dari due2 belah.
kiri dan kanan..
makin lama, makin dekat..
last2 aku yang penyek kene hentam
aishhh..mental!
pastu aku pikir mcm,
nak buat bisnes, kalau bukan member2 tak tolong, tak sapot, sape lagi kan?
tapi aku pun rase disebabkan kite ade relation as a friend, in case ade selisih paham dlm bisness yg dijalankan tu, impak die lagi teruk kot. lagi2 kau dah kawan lame, pastu pasal hal bisnes memasing buat muka mcm kene minum cuka.
cane?? hmmm..kekadang rase letih lak.
serabut hotak memikir bende ni..
carut sampai muntah..belom sampai nak sound tepet je..
kewak betol!
mane taknye, kadang kau cakap ikot suke je..ikot sedap je..
agak laaaa...
hmmmm...sabar jela aku ni jadik umat.


p/s: eh, engkorang penah tak rase bile nengok hero dan heroin cite korea, rase mcm dunia ni tak adil...penah tak? aku...selalu dooo! hmmmmm...carut skali lagik..KEWAK!

Tuesday, January 11, 2011

bebel bebel

holla!
ehem...cantik kan tarikh arini.
11.1.11 kan? kan?
buat tarikh menikah, bercouple, bertunang etc pon cantek ni.
tapi sape lak nak buat event cam gitu ari selase ni..ye tak?
hohoho..
semalam ade review blog sorang minah ni..
perghhh..cantik ah blog die.. kagum kejap.
seswai ngn owner die..comel. :)
semalam terjumpe balik pamplet (betol ke aku eja ni)
quick and easy way vacation to korea..
wuwuwuwuwuwu..hampeh betol..
bikin hati panas jer..
bile taun la aku bole jejak kaki ke tanah korea tu..
wuwuwuwuw..sedih mak nok!
dengan sikao boros aku ni, macam takkan tercapai jek.
adehh!
bila aku cite kat member aku die cakap, "ape kate kau masukkan target nak gi korea tu sebagai benda yang mesti kau buat taun ni? kamon laaa..baru bulan 1 kot..ade 11 bulan lagi nak capai bende tu..kan?"
*mulut ternganga
"haah kan..bole pakai jugak otak kau ni..kikikikikiiki"
tapi bole ke? ntah laa..tapi nak cube jugak.
at least kalau tak jejak korea pon, aku teringin nak gi bandung!
seriyes laaaa..bandung..gelak buat ape?
hishhhh..ingat aku memain ke..betul..bandung!
kali kedua aku cakap, aku serius! bandung!


*eh..engkorang tgk tak cite He's Beautyfull tuh? kehkehkeh.. wajib tonton kot.. tunggu lappy guwe dipulangkan, akan ku repeat balik nengok cite tuh.. :)

Monday, January 10, 2011

haishhh....gile dah


aduh.
dah mula gile, sewel, mereng dengan cite ni..
adehh..hensemnye Tae Kyung!
dushhh..dushhh..


"From now on,
I give you permission to like me?"
- Hwang Tae Kyung -







 

tak suka!

tak suka bilaaa..
dah beriye nak pegi satu event,
siap dah gantung baju nak gi esoknya..
pastu tetiba last minit tak jadik.
lagi tak suka..
bila siap dah bagi harapan kat tuan rumah yang kita bakal datang.
 lastly, kene bagi alasan 200% logik yang tak buat tuan rumah tersinggung!
hmmm... maaf tuan rumah.

tak suka bilaaa..
kene kelentong orang banyak kali semata-mata nak tutup kelemahan.
lagi tak suka kelemahan tu datang kebanyakannya dari sikap tak serius, endah tak endah, ikot kepala sendiri member kite.memang tak boleh blaaa..
dah aku pulak nak kene perah otak cover weakness kau.
haram betol!
eh! aku tak suke menipu la doh!
serius..bila tibe saat macam ni, aku rase nak menyumpah kau.
so far aku sabar je..sampai bende tu setel.
kalau ikutkan ati panas ni, nak je aku blahh..
tapi bukan sifat aku buat keje separuh jalan.
ape lagi bile kite dah berjanji dengan orang.
hishhhh..payah bekerja dengan orang kepale angin tak memasal ni!
sabar bya sabar..
tahan sikit je lagi...

tak suka bilaaaa...
time time aku dah mule nak berjimat cermat,
time time aku nak menabung balik,
ade je bende yang menghalang..
nak bayar itu la..ini laaa..
tu habes, ni habes..
haishh! memang takkan dapat menabung laa mcm ni..

tak suka bilaaaa..
kene hadap bende yang aku tak suka.
24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30/31 hari sebulan, 365 hari setahun.

Thursday, January 6, 2011

lelaki chantik (he'ss beautiful)

PENGUMUMAN:

sesapa nak tepon, nak sms, nak ajak kuar, nak berurusan dengan aku sila lakukan selepas pukul 9.30 malam.
pasal 8.30 - 9.30 malam setiap isnin hingga jumaat aku bizi..
bizi dengan dorang ni..





hehehe..jangan maraaa hah....

 

terlambat!

oii..dah nam ari dah duaribusablas doo!
arini baru sempat nak hapdet blog.
berabuk! fuhhhhhh!
nway. HAPPY NEW YEAR 2011 YAW!
permulaan tahun duaribu sablas ni takde laa best mana pon..
asek dok ngadap tibi..
pastu jenjalan makan2, shopping, buang duet..
(padahal azam aku taun baru ni ni saving)
perghhhh...duet nak dapat sikit punya payah.
time takde duet kat tangan, beriya la tanak membazir, tanak beli itu, ini..
tapi bile dah ade duet, perghhh, semua janji2 itu tak de makne dah!
cehh!
permulaan tahun ni gak aku ingat nak stop dulu amik job.
setelkan yang mana belom setel.
Nadia, azie and khaty..
ni customer2 yang sedang menunggu album mereka.
selagi belom siap album dorang, memang aku takkan mik job lain.
maut doo nak menjawab kang kalo lambat sgt dorang dpt album..
tu je nak hapdet utk arini.
have a good day peeps!