ini aku. bukan kamu.

ponstan consumer

Sunday, September 25, 2011

okay dah ahad!

hola.
cuba teka aku kat mana?
kat superstar gi karok? nay!
kat NZ tengah minum teh o ais sambil borak2 kosong? nay!
kat umah sambil layan movie korea kat laptop? nay!
okay..enough with guess-ing okay!
truthly. im at office!
what? office? after having a lepak-ing  last night?
mcm pelik je bole bangun awal. (bangun pukul 11 pagi kire awal la coz still belom masuk tengah ari kan :0)
oh yeah, semalam catch movie with my buddy! and 2,3 org budak opis yang setia. (thx god korang enjoy the movie too. :D )
hello Farell! u look ohsem in Fright Night! takde la rase wasting my money after all lepas tengok you dalam tu!
howcome vampire bole jadi sangat adorable huh? or else sekarang memang trend vampire hanya memilih baka2 yang kacak saje untuk jadik suku sakat mereka..hahaha kidding! i must be sgt terpengaruh dengan hiburan dari barat! gile ke nak pecaye those vampire is actually exist in real life! okay..what te hell!
currently its 3.19pm  (refer to my watch).. i guess maybe nak blah from this table, in front of this oldies pc dalam pukul 5 something la kot. and seriosly, i feel so craving to having a meatball at IKEA. damn man! tapi rase mcm jauh sgt la nak gi sane. kenapa ikea tanak bukak byk outlet kan? kat wangsa maju yang agak maju ni pon okay ape nak bukak kedai mkn at least yang ade serve meatball. arghh..my saliva is starting goes out. cetttt! 
till then, meet you guys at other post okay! bai! 

Saturday, September 24, 2011

non stop eat.

assalamualaikum.
minggu ni boleh dikatakan minggu FOOD MARATHON.
dari ari isnin sampai jumaat ade je makan free. okay tipu..ari jumat takde makan free. hehehe
department aku buat open office hari selasa aritu..then hari rabu jamuan jabatan pulak.
last wednesday was a very exciting day for me.. waaaaaa..tak sangka bole dpt anugerah fesyen tercantik..
(tercantik katenyer)...huahuahuahua..banyak la mulut2 kepochi nk mengata aku blakang2 aritu kan..
tapi macam biase, aku pedulik hape ko nak cakap. ade aku kesah??? thanks to my lucky baju raye tahun lepas yg buat i dapat anugerah tu.even rase mcm biase2 je baju tu..just plain white colour with minimum beads..simple makeup without Rozita Che Wan fake eyelash and a very simple pink shawl that im wearing that day. whatsoever, thanks to everyone yang ucap tahniah and turut happy dengan kemenangan i arituh..hahahahahha..tak bole blah btol ucapan ni..
 jamuan raye BSM diserikan dengan kehadiran sicomel Zariff..aishhh..makin ari makin comel la budak kecik muke cam mat salleh tuh.. :O
 more story...let's those pictures tell.
till then, see you around! daaaaaa~


ini memang boyfriend.tapi bukan special. huahuahuahua
3 dara dan seorang mak orang. cuba teka mane 1 mak orang. ;)
cube membuat muka comel.tapi malangnye, TIDAK BERJAYA
Zariff dinodai! hahaha
MEET OUR FAMILY. (okeh, ni baru suku je staff bsm)
oh demmm..memang dah cube sebaik mungkin untuk nampak comel.tapi masih tidak berjaya!
bakul je cantik.isi biase jek. huhu
love.love.love.
the one and only lelaki tu bos saye! :)

Monday, September 19, 2011

senin kembali

wahai orang2 kampung,
dimaklumkan bahawa aku dah habes exam mid term.
huahuahuahua..tetibe bangga kejap dah abes exam.
minggu ni jadik budak baik sebab tak ponteng kelas (harusslah tak ponteng sebab ade exam)
walaupun agak tekanan sebab ari cuti umum kene gi kelas..shit betol la uum ni!
bulan ni dah 2 minggu tak melawat kampung halaman.
dengan cite kurang enak buat rase takde mood nak menjengah.
haishhhh! bile ntah nak abes. penat aku dgn sume ni.
ohh..lupe nak cakap.pengganti Tam dah ada..ringan la sikit beban keje hendaknye...

Monday, September 12, 2011

hari minggu

terima kasih untuk mereka yang membuat hari minggu aku begitu riang.
dah lama rasanya tak seriang semalam.
tidur rasa masih belum cukup.
otak liat nak berfikir.
ahhh..mungkin aku masih perlu mood bercuti.
masa, lekaslah berlalu..aku mahu mendaki puncak keriangan bulan hadapan.

Thursday, September 8, 2011

peluang

kembali ke jajahan takluk.
kepangkuan ibu bapa.
peluang dan ruang didepan mata.
tapi...hati rase berat.
separuh hati kata pergi dan tinggalkan kerja yang mengusutkan kepala ni.
duduk dgn family mungkin dapat berjimat sikit.
save duet sewa rumah dan makan minum.
separuh hati pulak cakap, putrajaya pon sesak macam kl.
entah2 dapat keje lagi susah.lagi tension.
nak adapt dengan new environment lagi.
kengkawan kat sini dah best.
tempat baru? belum pasti.
haishhh..benda baru yang menambah list kekusutan kepala hotak sendiri.

Wednesday, September 7, 2011

catatan emosi

esok harinya.
dari 7 berganti 8 aku kira.
tapi sejak 2 tahun setengah rasanya tidak ambil peduli, tidak ada celebration
cuma sekadar mengingati tarikh matinya hubungan itu.
dia mungkin saja sudah bertemu ganti. dan aku masih kaku menanti.
bodoh! itu dituju kepada aku sendiri.
terima kasih kerana pernah berada disisi, terima kasih kerna pernah memberi, menggembirakan, menyayangi, merindui. terima kasih atas semuanya. budi baik tetap dikenang.
semoga sentiasa bahagia. aku harapkan dia juga mendoakan aku yang sama.

oh ye..
5hari yang lepas,
aku cukup ke angka 24.
terima kasih pada yang ingat.
pada yang wish.
semoga ucapan2 kalian dimakbulkan Tuhan.
amin..

Tuesday, September 6, 2011

FULLFILL THE PROMISES.

as promised,
im back! to clean up this messy blog.
blog yang takde pengikut..pembaca sepintas lalu mungkin ada.
beberapa bulan sebelum masa banyak terbuang, banyak diguna pakai menyudahkan kerja kerja yang berfaedah, kurang berfaedah dan juga tidak berfaedah.
makanya, masa untuk mengupdate blog agak tiada disitu. :)
banyak bende nak cite sebenanye..lagi lagi bulan ini umpama bulan maut. partner depan udah berenti kerja.
jadiknya, tinggal aku sorang setelkan fail tinggi menggunung yang perlu disetel secepat mungkin.
tambah parah bila teringat yang assgment seketol huruf pun tak stat lagi.
lagik la best bile mid term exam bakal menyusul didepan corner..memang cilake!


okay, aku lupa..sepatutnya aku ucap selamat ari raye dulu tadi.
pape pun, samad ari raye la engkorang sume heh.
amacam raya taun ni? ada best kah?
bape rat duet dah kopak?
macam aku, tak banyak menghulur pun aku tetap sengkek.
hadui..duet pun masuk list problem wajib tiap2 bulan.
sengkek2 pon taon ni baju raye mak tetap 3 pasang noks!
hahahahaha..gile babi punye bongkak aku gelak.


sampai opis tadi dok termenung kejap.
dalam ati, "kimak laaaa budak tam ni..time keje banyak la ko nak benti kan!"
hehehe..tekanan haku cam gini.


okaylah.. nanti esok update lagik. peace yaw!