tajuk cerita yang sama.
plot cerita yang sama.
yang lain cuma watak-watak utama, keadaan, waktu dan ketika.
cerita tentang sebuah kisah cinta yang berakhir dengan penuh tragis.
cukup tragis bagi si gadis.
cukup perit, cukup sadis cukup sakit bagi perempuan itu.
tatkala si jantan durjana menghilangkan diri tanpa berita,
desas desus mulut bercerita itu dan ini.
cerita kecurangannya.
mengundang tanda tanya si gadis.
dan apabila memberontak mahukan penjelasan,
jawapan dan alasan maha bodoh yang diutarakan.
dunia dirasa tidak adil.
penindasan dirasa telah berlaku.
benar..sakit... kala itu tidak siapa yang tahu.
tapi bagi yang pernah berada disituasi itu,
hanya dia yang mengerti.
alhamdulillah, aku rasa sangat senang untuk pinjamkan telinga untuk mendengar
benar, tulus..aku turut bersimpati.
kerana aku juga pernah berada dikedudukan itu.
malah, sehingga sekarang parutnya masih terasa.
pada kau wahai gadis,
kuatkan hati..aku tahu betapa sukarnya keadaan kau sekarang.
no one can help you other than yourself.
well you know, you can survive.
sabar..cekalkan hati..
percintaan bertahun terkandas ditengah jalan
benar, kau rasa begitu masa kau telah disia2kan begitu saja.
tapi percayalah..
karma itu tersangatlah real wahai gadis.
cepat atau lambat saja bezanya.
maka, pasakkan kakimu..teguhkan hatimu.
sinar pasti menanti.
No comments:
Post a Comment