ini aku. bukan kamu.

ponstan consumer

Tuesday, December 28, 2010

Khaty & Sham Wedding (TEASER)

ahad lepas,
cover majlis bertandang sebelah lelaki wedding kak lang pulak.
location: puchong.
alhamdulillah, walaupun aku cover sorang2, ade la 2,3 shoot yang aku puas ati.
lepas majlis culik pengantin pegi buat outdoor kat taman botani.
please enjoy the picture. (unedited version)
:)



 *hujan renyai2 lak masa tengah prepare nak shoot. so, the sky is not so blue...

Thursday, December 23, 2010

kerja lebeh masa

semalam seluruh staf HR dapat perintah kene siapkan keje key-in data SKT dalam HRmis..gile babi punye leceh okay..and the best part is kene siapkan paling lewat selasa depan.pale hotak betol! dengan aku ni yang takde pembantu. kak yati dah stat cuti bersalin...semalam gak die dah selamat deliver baby boy. :)
thx God Adda ngn kak zam nak gak tlg aku sikit2..kalo tak memang stay back smapi pukul doblas la aku kat opis.. atas meje tak penah kemas..berlonggok2 keje..aku tgk meja kak yana clean jek..jeles kejap!
so then, nak tanak mmg kene buat ot untuk siapkan keje2 tu. hmmm..yang penting tanak miss tgk drama he's beautiful! :)
dah, tu je nak cite..nanti update lagi. bai!

Tuesday, December 21, 2010

kenapa?

semua dah tak macam dulu.
dah tak berkomunikasi macam dulu.
salah aku ke?
atau sebenarnya dia perlukan ruang sendiri untuk bernafas.
ye...aku sangat mendesak.
tapi aku mendesak kerana aku turut didesak.
aku mintak maaf.
kalau yang salahnya aku.

Monday, December 20, 2010

BOLEH!

"kau boleh kalau kau fikir kau boleh..boleh ape? bukan boleh blah..tapi boleh buat."
terima kasih bob..aku tau cuma kau je yang aku bole harapkan disaat2 ni. tapi next week aku tetap cover sorang. doakan aku yer.. ;)

*kak lang: selamat pengantin baru. ur wedding gonna be my first wedding yang aku handle from A to Z.   permudahkanlah semua urusannya ya Allah. amin..

*selamat hari jadi yang ke-14. kepada adik aku. Balqis. be a gud one!

Friday, December 17, 2010

dah!

kalau ini yang terakhir..baiklah..mari kita akhirkannya.
ye.aku marah.aku bengang. aku kecik ati.
sebab apa? kau pun tau kenapa.
tapi kau buat tak pedulik.
memang takkan okay la aku ni kan.

*bila tak semua bole jadik okay esoknya..
atau aku ni cuma picisan bagi kau. benci lah! benci dengan kau. for our own good sake konon. pembohong!

Thursday, December 16, 2010

its all in your hand

lawak.
kau lawak do.
atau lebih tepat kalau aku katekan kau ni ade split personality yang melampau.
agak melampau la jugak aku rase.
well, kat facebook album kau upload gamba2 muslimah kau.pakai tudung.blablabla..
fine, i dont have any problem with those pictures..sume org pun tak kesah pun.
kau nak pakai tudung ke, tanak ke, nak on off ke..
depens..its your life..sukati.
tapi bila tetiba kau nak post status damn org yang judge kau dengan cakap bende2 yang tak elok, kau nak melenting.nak panas2 lak..hahaha..sebab tu aku cakap kau lawak.
yelaaa..kalau kau tanak org cakap kau macam2, sapa suruh kau upload gamba kau gi clubbing?
sapa suruh kau post status kau tak saba nak berparty?? memang orang akan cop kau ni bitch la do.
da tentu2 pegi clubbing takkan la kau nak pakai jubah kan..
ye, kau ade hak tentukan jalan hidup kau.dan aku percaya orang lain pun takde mase 24 hours la nak sibuk2 hal hidup kau..bagi aku la kan, pandai makan, pandai simpan. sukati kau la nak gi mabuk2 ke, nak pakai bikini ke hape jadah sume tu..tapi kalau tanak orang mengata, tanak orang cakap kau bitch, cakap kau ni hipokrit with ur dress up before, senang je.."GET YOUR OWN ROOM" takyah heboh kau nak gi party, takyah upload gamba kau dalam club pakai seksi2 tu..so, tade la orang nak mengata pasal kau kan.  just simple as that. hidup kau, cara kau, hak kau..betul! sume orang tak bole nak pertikaikan hak kau tu.
so, lain kali beringatlah..eh adik, tak kampung laa kalau kau tak penah masuk club okay.
kau cantik..tapi kau akan lebih cantik kalau perangai dan sikap kau secantik wajah yang Tuhan kurniakan tu.
renung2kan... :)

 *sekadar nasihat dari hamba Allah yang khilaf.

Wednesday, December 15, 2010

minggu minggu sibuk

rabu
tengah bulan disember
opis


bulan ni setiap wiken aku dipenuhi aktiviti aktiviti menembak.
kalau dulu mungkin aku agak excited.
tapi feel tu macam dah takde pulak sekarang.
entah...mungkin sebab aku merajuk takde sape yg betul2 comfirm nak teman aku shoot wedding kak lang wiken ni kot..hmmmm..
ape2 pun kene jugak carik sorang partner.bob sudah pastinya mangsa utama.
ok, engagement, pre wedding memang aku dah ada experience shot sesorang.
tapi wedding still takde kekuatan lagi nak cover sorang2.jangan buat gila!
wan cakap die nak buat editing je..hmmmm, agak hampa at first bila dia cakap mcm tu.
tapi bila pikir balik, dia memang patut kurung diri dan siapkan editing gamba event2 sebelum ni.
customer dah menunggu album masing2.
dalam kesibukan fingerwork siapkan album pelanggan yang sedia ada, alhamdulillah ada yang sudi telefon/email/facebook,etc untuk tanya pakej fingerwork. terima kasih.
tapi bila pikir lepas ni maybe kene gi cover sorang sorang dan kene buat pembahagian tugas, rasa macam "okay, dah! ni job last aku buat"..tak tetap pendirian betul la aku  ni.

Tuesday, December 14, 2010

‘spinal stenosis’.

my first reaction when the doctor said 'awak mungkin mengalami gejala spinal stenosis berdasarkan simpton2 yang awak terangkan pada saya. tapi ini cuma ujian awal. jangan terlalu risau.'
away back to office after the check up, aku tak rasa ape pun.cuma blurr.. spinal stenosis? apekebendenye tu? dan hasil penemuan di wikipedia tentang spinal stenosis ialah ini:

Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.



Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.






Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).






Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas.






Bagaimanapun, bagi orang muda, masalah itu boleh terjadi apabila mereka cedera pada tulang belakang. Selain itu mereka yang lahir dengan laluan tulang belakang yang sempit juga berisiko berhadapan dengan spinal stenosis.






"Selalunya spinal stenosis terjadi di bahagian bawah tulang belakang (lumbar). Penyempitan memberi tekanan kepada tulang belakang atau saraf yang keluar secara bercabang daripada tulang belakang," katanya.






Beliau berkata, spinal stenosis membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas, "Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja atau banyak peringkat," katanya.






Secara umum, spinal stenosis menyebabkan kekejangan, sakit atau kebas pada kaki, belakang, tengkuk, bahu atau lengan. Kadangkala pada peringkat lebih serius ia boleh membawa masalah kepada pundi kencing atau pergerakan usus.






Simptom lemah spinal stenosis boleh dihilangkan dengan ubat atau terapi fizikal, tetapi dalam kes yang lebih serius ia mungkin memerlukan pembedahan bagi mewujudkan ruang tambahan.






Walaupun pembedahan membantu mengurangkan kesakitan, ia tidak boleh memperbaiki saraf yang rosak atau menghentikan proses 'degenerative' (kemerosotan tulang disebabkan penuaan) yang membawa kepada spinal stenosis.






"Spinal stenosis biasa terjadi pada bahagian L4 dan L5. Kira-kira 80 peratus lelaki pada usia 40 tahun akan mengalaminya dan 65 peratus wanita mengalaminya pada usia yang sama," katanya.






Secara klinikal, kekerapan wanita mengalaminya berbanding lelaki adalah tiga nisbah satu atau lima nisbah satu.






Punca spinal stenosis






Dr Ezam berkata, spinal stenosis dikategorikan sebagai 'primary' atau 'acquired'. Ia selalunya berlaku ketika lahir. Antaranya masalah yang tidak diketahui puncanya (idiophatic) dan masalah disebabkan kecacatan bentuk fizikal seperti orang yang dilahirkan kerdil (achondroplasia).






Bagi kategori 'acquired pula, ia selalunya berlaku disebabkan perubahan kemerosotan (degenerative) tulang belakang yang seiring dengan penuaan. Selain itu, ia boleh terjadi disebabkan faktor berikut:


• Diska teranjak;


• Perubahan ligamen;


• Tumor;


• Jangkitan seperti tibi;


• Patah tulang belakang;


• Kelonggaran tulang belakang;


• Kesan pembedahan tulang belakang pada masa lalu.






Gejala Spinal Stenosis


• Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk simptom. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.


• Rasa sakit atau kejang pada kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula apabila anda berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila anda membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila anda berdiri semula.


• Rasa sakit pada belakang dan pinggul. Diska yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk bila anda duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Anda akan berasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit (tingling) pada kaki atau jari kaki.


• Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.


• Hilang kawalan pundi kencing (sindrom cauda equina). Dalam kes yang serius, saraf pundi kencing atau usus terjejas menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bahagian pundi kencing terjejas. Ia terjadi di kalangan tiga hingga empat peratus pesakit.






Rawatan


Rawatan bukan pembedahan


• Ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs). Biasanya membabitkan ubat yang boleh dibeli di kaunter seperti aspirin atau ibuprofen.


• Analgesics - bukan penahan sakit.


• Pengambilan makanan tambahan.


• Berehat atau mengehadkan aktiviti yang boleh memperbaiki simptom.


• Terapi fizikal.


• Pemakaian alat bantuan seperti korset.


• Suntikan epidural.


dan aku mula berpeluh didalam bilik berhawa dingin. rasa nak nangis tapi takde air mata nak menitis. rasa nak jerit tapi suara tak keluar...












Malacca

Melaka jamm?? seriously..jamm!
we wasting a lots of time in the car.
im not very satisfied with my shoot.
extreme hot get me migraine. ( > < )
but i still feel that I FALL IN LOVE WITH JONKER WALK.

*enjoy the picture i've taken at Jonker Walk.




pre wedding Nizam & Aziana

location: Malacca
date: 11-12 Disember 2010

thank you to the future bride and groom for using fingerWork services.

enjoy this pre wedding pictures..thank you (unedited version)






Friday, December 10, 2010

bukit jalil to taiping, taiping to bukit jalil

minggu lepas punye cite.
yana offer backup job shoot tunang member die.
setelah perjanjian dah dimetrai masa hari outing amik gamba graduation fifi kat uitm tu.
so, taiping, here i come! ALONE!
first time do naik bas lebih 4 jam sengsorang..jauh gak ahh kan..
ngahahahaha..nasib baik ekin dtg jemput.
agak menggelabah sebab tak penah cover bertunang.sesorang lak tu.
setakat pre wedding tade hal (ecehh..ayat belagak nampak)
okay, agak cuak sebab masa moment sarung cincin camera tetibe buat hal!
homaigod!! gilak betol lah...buleh lak dia nak rosak time moment penting tu.
so, terpaksa mintak dorang repeat balik moment tu..
tapi sekali lagi, hasil kali kedua atau hasil lakonan itu tetap tak sebest yg real one.kan??
hmm..agak hampa disitu...pastu memang bebakul la sumpah seranah kat orlando!
adesssss...hati terubat bile dpt shoot kat karpet ijau (rumput daaaa)
tapi siket jela terubat..agak tak puas ati ngn hasil tembakan kali ini.

oh..esok ke melaka pulak saye..pre wedding azie ngn nizam..
wish me luck! saye lapar idea unik! ;)

*ekin, sorry eh..saye cuma budak yg baru pandai pegang camera selama semilan bulan bape ari ntah..(lupa dah nak kire) 
ENJOY THE PICCA HOKEY! terimaaaa kaseyyy!