ini aku. bukan kamu.

ponstan consumer

Wednesday, January 26, 2011

entri rawak 26 Januari

assalamualaikum, selamat pagi.

alhamdulillah..masih diizinkan Tuhan untuk bernafas pagi ini..
syukur Ya Allah.

semalam adalah sesi percambahan idea plus sesi luahan rasa.
time ni la kau nak luahkan ape yang terbuku, tersirat, yang tertanggung selama ni.
aku mula percaya yang bukan sekadar kawan baik, teman rapat atau kalangan ahli keluarga je tempat untuk kau mintak pandangan, luahkan pendapat, luhan rasa, blablabla..tapi kadang2 kawan yang kau rasa tak bape nak rapat, kawan tak selalu jumpa, kawan kadang2 jumpa pun bole jadik pendengar yang setia. betul! cubelah try..mula2 aku cam tak bape nak caye..tapi lepas sesi semalam, aku mula yakin.. "when there no any of your good friend can hear you, other peoples will always borrow their ear for you." dunia ni indah sebenarnya kalau kau pandai hargainya.. serius..

terima kasih..terima kasih untuk semalam.
kepala yang serabut dengan masalah itu, ini dah makin surut.
aku mula belajar yang sikap melantun, sikap nak tunjuk sape betul, sape salah, sikap tak amik pot perasaan orang lain ni takkan boleh buat kau selesaikan sesuatu masalah.
sit back, try to chill, think deeply. in the end, you will find a solution.
manusia ni ada macam2 jenis. dan kalau nak listkan jenis2nya tu, aku rasa memang banyak.
macam beza warna kulit. warna rambut, agama, kepercayaan, etc..mcm tu jugaklah berbagai2nya ragam manusia. kau takkan dapat nak paham semua kepelbagaian ni..lain lah kalau kau mind reader. tengok je muka, kau dah bole bace sikap die...sentuh je jari die, kau dah tau die tu type mcm mana.
but still, aku masih percaya dengan kata2...
 'dont judge a book by it cover..read the synopsis first, and judge." :)

farid kata,
tahu tak kenapa masalah tu wujud?
cuba bayangkan, setiap hari kau pegi keje, kau ikut jalan lurus je..jalan yang takde simpang, takde lencongan, takde hala kiri atau kanan, lurus je... dan cuba kau bayangkan kau rotate rutin yang same, ikut jalan yang lurus tu tiap2 hari selama hayat kau.. kau tak rasa bosan ke? kau tak rasa takde cabaran ke?
cabaran tu sebenarnya ajar kau erti kehidupan..cabaran jugaklah yang warnakan hidup kau.. yang ajar kau jadik lebih kuat..jadik lebih matang.. tapi kita ni jenis yang suka merungut..susah sikit, merungut. kene musibah sikit, meroyan..kita tak nampak hikmah dibalik masalah yang datang tu.
masalah yang datang memang mengajar aku erti kehidupan, jatuh bangun..betapa indahnya hikmah dibalik ujian yang Tuhan beri ni.

terima kasih jugak pada yang legaan sayu dihati ni..
dorang cakap,
"takde la teruk sangat pun.."
"seni ni sujektif..orang melihat dari pelbagai sudut..dan pasti pandangan setiap orang lain2.jadi, biarkan mereka dengan pandangan mereka..itu hak mereka.."
"tak suma orang puas ati dengan kita babe..tak kira la bape kuat kau try nak puaskan ati org lain, kalau dorang rasa tak puas ati, dorang takkan puas jugak..manusia babe..dah fitrah kot."

terima kasih sebab bagi aku kekuatan..sebab bagi aku pandangan yang bernas.
bak kata orang dulu2, api jangan dilawan dengan api..
dan aku percaya jugak yang kalau kau mengalah, tak bermakna kau kalah..tak jugak tunjuk yang kau salah.
one find day, they will know the truth behind all this mess.

tengok tak drama2 kat tv tu?
orang baik selalu kalah dulu..dah nak abes cite baru menang..hahaha
takde laaa..ni just contoh je.
takde isu sape baik, sape jahat pun..
kita suma ni baik..sebaik2 ciptaan lagi.
jadi, marilah sama2 kita berlapang dada,
fikirkan betapa indahnya kurniaan Tuhan yang diizinkanNya untuk kita nikmati.
indah kan..cantik sangat... :)

renung2kan dan selamat beramal kawan2..


p/s: "nukilan ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
yang khilaf itu datang dari kelemahan aku sendiri..yang baik it datang dari Allah S.W.T.. allahualam.."



No comments: