ini aku. bukan kamu.

ponstan consumer

Friday, May 27, 2011

entri rawak 27 mei 2011

hai.
part I
banyak gile rase nak update arini.
ari rabu aritu half day.
dapat sms dari kak ngah.
kak ngah cakap, jangan terkejut..mas kene tahan kat lokap.
memule gile babi rase tak pecaye.
lagi2 bile kes die dengar mcm berat je.
terus pecut pegi IPD Sepang.
nasib sempat jumpa.
ade rase macam drama samarinda pon ade.
first time kot aku masuk balai.
menitis jugak ayaq mata tengok mas pakai uniform kaler purple tulis TAHANAN LOKAP
tu belom tengok die pakai gelang besi yang tebal tu lagi.
kalau tak mau meraung aku lagi.
tengok je cam brutal tapi hati kecik.hampa betul aku dengan diri aku sendiri.huhuhu..
alhamduliilah..tadi mas call.
maksudnye..die dah kuar lah tu.
malam ni nak interbiu die habes-habesan..huahuahua..
aku tau adek aku baik walaupun perangai die macam lanun. ;)

 part II
arini makan free.
farewell kak yati.
huishh...risau lak saye dengan keje yang menimbun ni.
mintak2 pengganti dtg cepat.
bolehlah saye buli cukup-cukup..
kikikikikikiki..

ending
dah..tu je nak update.
nak balik umah pack baju laju-laju
pastu balik bangi berjumpa ibu bapa, keluarga dan anak-anak buah terchenta.
kekekekekekeke.
bye!

Tuesday, May 24, 2011

entri rawak 24 mei 2010

hari ini hari gaji.
belum sampai 24 jam duet didalam akaun,
amaun sudah tinggal suku.
hmmm..duet, banyak mane pun die, tetap tak cukup.
pagi tadi aku dapat perkhabaran duka.
minggu depan beban kerja bakal bertambah.
rakan hadapan a.k.a pembantu aku kak yati nak berenti kerja.
urgghhhh...maka, kerja yang sedia banyak bakal bertambah banyak.
tu je nak cakap.
tade mood sangat
babai..

Saturday, May 21, 2011

entri rawak 21 Mei 2011

assalamualaikum.

pagi ini kembali mengais.
dari tak buat ape2 kat rumah dan kebetulan tak balik bangi,
lebih baik kerja.
at least dapat jugak tambah duet walau tak seberapa.
duet zaman sekarang dah cukup kecil nilainya.
bayangkan, dengan lima puluh ringgit ditangan
takkan cukup tahan sampai seminggu.
itu bagi aku.
orang lain, aku tak pasti.
duet minyak, duet makan, topup lagi.
tapi kalau banyak mana pun duet, takkan rasa cukup.
sebab manusia mana pernah rasa cukup.
(*tetiba rasa emo lak..hahaha)

baiklah, berhenti mengarut dan mari mulakan tugas.
selamat berhujung minggu rakan-rakan!

Wednesday, May 18, 2011

entri rawak 18 Mei 2011

pagi, menuju ke tengah hari.

hari ni mengais kembali setelah cuti semalam.
hari cuti diisi dengan aktiviti tidur secara marathon.
exam dah habis..tapi ade lagi sikit rase cuak.
aku banyak mengarut time jawab exam
pendek kata, aku sendiri tak confident dengan jawapan yang aku isi pada lembaran kertas jawapan itu.
semalam aku mimpi dia lagi.
entah kenapa..
mungkin sebab aku rindu dia.
dah setahun berapa bulan aku tak jumpa dia.
tapi kalau pun boleh jumpa, sudah bersediakah aku?
aku sendiri tak tahu jawapannya.
cuma harap aku agar Tuhan kuatkan hati ini.